Buatmu Negaraku

16 September 1963
Terbentuklah negara Malaysia
Kesemua rakyat menyambut mulia
Bagaimana kita tunjukkan rasa setia?

Portugis seterusnya Belanda
Inggeris akhirnya Jepun
Selepas itu merdekalah kita
Tetapi masihkah minda dijajah?

Berakhir sudah perang fizikal
Bermula pula perang idea
Konservativisme versus liberalisme
Kemenangan siapakah yang punya?

Ada yang menyokong, ada yang membantah
Minda tertutup mahupun terbuka
Kesemua ini kerana satu matlamat
Kerana kasih sayang akan negara

- Zell K. M.

Comments